Connect with us
Selamat Hari Raya

Update

“Ini Masanya Baba Berehat”- Haziq Hussni Buka Restoran, Mahu Balas Jasa Dan Penat Lelah Bapa

Wah bagus Haziq ni sanggup buat apa sahaja demi kebahagiaan ibu bapa, semoga dapat menjadi contoh buat kita semua!

Published

on

Siapa yang tidak kenal dengan pengacara dan penyampai radio Hot FM iaitu Haziq Hussni yang dilihat sentiasa aktif di kaca televisyen.

Mengikuti perkembangan terbaharu beliau, disebalik kesibukan mengacara dan menjadi penyampai radio di hari minggu, Haziq kini telah mengembangkan sayapnya dengan membuka sebuah restoran yang diberi nama Jom Kono! yang terletak di SS 15, Subang jaya.

Menurut Haziq, idea untuk membuka restoran ini tercetus secara spontan ketika pandemik Covid-19 dan kini telah direalisasikan bersama adik yang juga seorang chef, iaitu Raziq Hussni.

“Terjadi secara spontan. Ada kedai nak jual. Saya Haziq Hussni dan adik, Raziq Hussni terus berbincang utk beli kedai tersebut. Dan akhirnya semua urusan dipermudahkan dan urusan pelbelian berjalan lancar. Cuma dah beli dari bulan 11 2020. Dan hanya beroperasi selepas bulan februari 2021 setelah siap renovation dan pemilihan menu makanan”

Mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk melakukan renovasi kedai dan memilih menu yang bersesuaian, kini restoran Jom Kono! sudah beroperasi secara rasmi pada 3 April 2021.

Apabila ditanya mengenai mengapa memilih untuk membuka restoran semasa pandemik Covid-19, Haziq memberitahu bahawa dia sekadar mencuba nasib, namun percaya dengan rezeki yang telah diberikan oleh Allah SWT.

“Ramai tanya benda ni, tapi sy percaya dengan rezeki Allah. Tak kisah la masa bila pun buka bisnes. Kalau orang suka, orang akan datang cuba makanan kita.”

Haziq ketika ditemui di majlis pelancaran restoran Jom Kono! itu berkata, kualiti makanan tersangatlah penting kerana beliau menerapkan konsep “quality over quantity”.

“Saya dan raziq selalu terapkan konsep quality over quantity. Kalau quality makanan dijaga, tak kisah la waktu pandemik atau tidak orang pasti akan suka makanan kita.”

Salah satu penyebab mengapa Haziq memilih membuka restoran juga adalah kerana mahu membalas jasa bapanya yang sudah berkerja selama lebih 30 tahun dan beliau merasakan inilah masanya untuk membantu kedua ibu bapanya.

“Kami memilih bisnes ni utk baba (ayah) kami sebenarnya. Nak bg baba bisnes takyah kerja bank dah. Dah lebih 30 tahun baba kerja bank. Ini masanya baba berehat dan bg anak-anak pula bekerja.”

“Segala keuntungan memang kami nak bagi pada ibu dan ayah. Setiap hari saya akan hubungi mereka minta doa agar perniagaan kami ini sentiasa diberkati dan dipermudahkan,” akui bekas pengacara Muzik-Muzik itu lagi.

Wah bagus Haziq ni sanggup buat apa sahaja demi kebahagiaan ibu bapa, semoga kita pun dapat membalas jasa ibu bapa kita suatu hari nanti.

Kami di Hot FM mendoakan semoga segala yang dirancang berjalan dengan baik dan dipermudahkan. Amin.

Sumber : Haziq Hussni

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest