Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Update

“Ini Semua Fitnah!”- Mahu Tuntut Saman, Rakan Artis Bagi Sokongan Pada Da’i Syed…

Siapa salah siapa betul?

Published

on

Sekitar 24 November lalu, nama Da’i Syed semestinya sudah menjadi topik perbualan hangat para netizen di semua media sosial sehingga membuatkan dia terpanggil untuk membuat laporan polis bagi membersihkan semula namanya.

Selepas selesai membuat laporan polis, kini Da’i Syed telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membela dirinya daripada terus menjadi bahan fitnah netizen.

Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail, dakwaan yang diterima olehnya itu tidak benar sama sekali dan turut menafikan sekeras-kerasnya kenyataan berkenaan dan mengakui dirinya telah difitnah melakukan perbuatan keji itu.

“Saya telah berbincang dengan pasukan peguam saya untuk mempertimbangkan beberapa tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh saya terhadap individu yang tidak bertanggungjawab termasuk tuntutan saman fitnah bagi mendapatkan ganti rugi berbentuk wang ringgit terhadap kerosakan atas imej dan reputasi sebagai figura awam.

Tambahnya lagi, mereka kini sedang dalam fasa akhir untuk mengumpul segala maklumat yang berkaitan perkara itu.

Pendakwah berusia 25 tahun itu juga meminta agar pengguna Twitter yang berkenaan memadam kenyataan fitnah dan memohon maaf secara bertulis kepadanya tetapi jika tiada tindakan dilakukan, pihaknya akan mengeluarkan surat saman.

Dalam pada itu, posting Da’i Syed telah mendapat perhatian ramai termasuk la rakan artis sendiri.

Mereka turut memberikan kata-kata sokongan kepadanya agar terus kuat menghadapi ujian dan dugaan ini.

Dalam masa yang sama, berlaku juga perbalahan di ruangan komen antara netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Akhir sekali, Da’i Syed ada menyebut tentang hubungannya bersama bapanya iaitu Seif Jamalullail yang agak dingin semenjak tahun 2016 lagi.

Difahamkan ibu bapanya sudah berpisah semenjak tahun 2017 dan bapanya dikatakan tidak bersetuju dengan keputusannya untuk menyertai program Dai tersebut.

Harapnya isu ini akan ada penyelesaian dan semoga semuanya baik-baik sahaja.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest