Connect with us
Geng Pagi Hot

Update

Isu Ebit Lew Dihalang Teruskan Misi Bantuan, Ini Kenyataan Kerajaan Negeri Sabah

Semoga keadaan segera pulih..

Published

on

Umum mengetahui isu yang sedang hangat diperdebatkan baru-baru ini adalah selepas pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew  memohon maaf kepada semua penduduk di Semporna, Sabah yang telah memeluk Islam selepas beliau gagal untuk meneruskan misi bantuan dan membina sekolah buat mereka di sana.

Beliau juga menyatakan terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang dirancangnya walaupun sudah menyediakan peralatan seperti kayu.

Terpanggil untuk menjawab isu tersebut, kerajaan negeri Sabah telah menafikan mereka mengeluarkan arahan melarang Ebit Lew meneruskan kerja amal di lokasi berkenaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata pihaknya juga merujuk sama ada polis atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ada mengeluarkan larangan terhadap penceramah berkenaan.

“Cuma, di pantai timur Sabah tertakluk kepada peraturan perintah berkurung, malah dilarang pergi ke tempat tertentu kerana ada risiko keselamatan,” ujarnya

Masidi turut berkata, tiada larangan dikenakan terhadap sesiapa termasuk penceramah bebas untuk melaksanakan kerja kebajikan, malah program seumpama itu juga disokong pihak polis.

“Namun, program itu perlulah dilaksanakan pada masa ditetapkan, bukan ketika masa larangan.

“Ini kerana Semporna berada dalam Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE). Kita bukan mahu menakutkan sesiapa tetapi kenyataannya kawasan ini masih berbahaya untuk dilawati dan masih tertakluk kepada perintah berkurung,” 

Perintah Berkurung di kawasan ESSZONE termasuk Semporna dilaksanakan sejak 2013 berikutan peristiwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu bagi mengekang ancaman rentas sempadan termasuk penculikan yang didalangi anggota militan dari selatan Filipina.

Terdahulu, Ebit menyatakan berjaya mengislamkan seramai 490 orang masyarakat Bajau Laut atau Pala’u dari empat kampung di pulau-pulau sekitar perairan Semporna ketika menghantar bantuan makanan kepada penduduk di kawasan terbabit.

 

Sumber dari: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest