Connect with us
Selamat Hari Raya

Onz

Isu Rentas Negeri: Neelofa & PU Riz Sekali Lagi Dipanggil Polis

Pasangan pengantin baharu tersebut akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung dakwaan kesalahan melanggar SOP PKPB

Published

on

Masih hangat isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selebriti Noor Neelofa dan suami, Haris Ismail atau PU Riz, pasangan itu terus mencuri tumpuan ramai.

Ia berdasarkan isu terbaharu pasangan tersebut yang dikatakan telah berada di sebuah premis perniagaan karpet di kawasan Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan pada 2 Mei 2021.

Baca artikel berkaitan: Neelofa Didakwa Rentas Negeri Sekali Lagi, Netizen Tampil Back Up Lokasi Dikunjungi Bukan Luar Negeri

Disebabkan itu, pasangan berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dalam masa terdekat.

Perkara itu diberitahu oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman, yang menyatakan bahawa pihaknya sudah menyiasat video yang dikaitkan dengan perkara tersebut.

Terdahulu, Neelofa dikatakan telah memuat naik video melalui Instagram Story miliknya.

Video tersebut memaparkan beliau dan PU Riz berada di salah sebuah kedai di lokasi disyaki Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Instagram Story itu telah dipadamkan.

Semoga siasatan tersebut akan menjawab segala persoalan yang diajukan ramai ketika ini berkaitan kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 

Sumber: Bernama dan Instagram Neelofa

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest