Connect with us
Hot Selebriti

Update

JAWI Benarkan Akad Nikah, Tetapi Dengan SOP Ini

Alhamdullilah..

Published

on

Bakal pengantin di Wilayah Persekutuan yang berdebar menunggu pengumuman mengenai proses pernikahan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kini sudah boleh menarik nafas lega.

Ini kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan di sidang media hari ini memberitahu bahawa majlis akad nikah dibenarkan akan tetapi dengan syarat-syarat ini :

1. Bernikah di premis pejabat agama atau masjid terpilih oleh jabatan JAWI.

2. Jumlah jemputan bagi majlis akad nikah tidak boleh melebihi 30 orang dengan mengambil kira penjarakan fizikal satu meter bergantung kepada keluasan premis yang ditetapkan oleh JAWI.

3. Kehadiran jurufoto adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam senarai 30 jemputan, tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

SOP ini dikatakan berkuat kuasa di Wilayah-Wilayah Persekutuan bermula esok, manakala untuk negeri-negeri lain, ia adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest