Connect with us

Onz

Jehan Miskin Kini Bergelar Bapa, Kongsi Nama Anak Sulung Kepada Umum

Penantian selama 7 tahun berakhir dengan kegembiraan selepas Jehan Miskin dan isteri selamat menimang cahaya mata..

Published

on

Tahniah! buat pelakon kacak Jehan Miskin dan isteri Julie Camelia Rhee yang selamat menimang cahaya mata pertama pada 20 Februari lalu.

Berita gembira tersebut dikongsi pelakon yang popular menerusi drama rantaian Manjalara melalui laman Instagram miliknya.

Jehan turut dilihat memuat naik beberapa keping foto bersama cahaya mata pertamanya yang diberi nama Axel Nova Rhee Jehan.

Menurut Jehan juga, cahaya mata sulungnya itu lahir pada waktu tengah malam hari kesembilan sambutan Tahun Baru Cina.

“Selamat datang ke dunia anak lelaki saya, Axel Nova Rhee Jehan, nama pertama saya. Awak lahir pada tengah malam hari kesembilan sambutan Tahun Baru Cina dengan letupan bunga api, benar-benar satu keajaiban,” tulisnya.

Sementara isterinya, Julie Camelia Rhee yang merupakan warganegara Korea mengakui teruja dengan kelahiran anak sulung mereka.

“Axel kini menyertai keluarga kecil kami pada 20 Februari lalu (semalam). Kebahagiaan kini ada di mana-mana,” tulis Isteri Jehan

Terdahulu, pada September tahun lalu, Jehan mengumumkan isterinya hamil anak pertama mereka selepas tujuh tahun menanti kelahiran cahaya mata.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada bulan Mei 2013.

 

Sumber foto: Instagram Jehan Miskin & Julie Rhee

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest