Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Update

“Kluster Da’i Syed” Laporan Makin Bertambah, Peminat Tetap Beri Sokongan

Semuanya 12 laporan…

Published

on

Selepas pihak polis menerima tujuh laporan polis ke atas pendakwah selebriti yang terlibat dengan jenayah rogol, kini lima lagi mangsa telah tampil membuat laporan.

Terdapat segelintir netizen beranggapan isu ini semakin serius apabila setiap hari ada sahaja laporan yang diterima walhal pendakwah berkenaan masih lagi dalam tempoh tahanan reman.

Memandangkan beliau merupakan pendakwah bebas, sudah semestinya peminat sudah bersedia untuk mempertahankan dirinya sehingga ada yang membuka akaun Instagram kelab peminat dan memuat naik posting untuk membela pendakwah berkenaan.

Dalam masa yang sama, mereka juga membuat ‘kempen’ tanda pagar #standwithdaisyed di laman Twitter sebagai bukti sokongan untuk mempertahankannya.

Rata-rata warganet berasa bimbang kerana laporan polis semakin meningkat dan menganggap bahawa masih ramai lagi mangsa yang malu untuk tampil membuat laporan.

Walaupun kes ini masih lagi dalam siasatan, netizen masih tertanya-tanya mengapa pendakwah berkenaan sanggup untuk bertindak sedemikian terhadap ramai gadis?

Mengikut kenyataan daripada pihak polis, modus operandi yang digunakan sama sahaja terhadap semua mangsa iaitu menghantar pesanan Direct Message (DM) di Instagram, meninggalkan komen di gambar, mengajak keluar makan dan akhirnya akan dipancing untuk singgah ke rumahnya sama ada untuk belajar atau atas sebab yang lain.

Selain itu, dakwaan kononnya pendakwah tersebut menggunakan minyak pengasih masih lagi tidak dapat dibuktikan kerana kes ini berada dalam siasatan.

Sekali lagi, pihak polis menyeru semua mangsa untuk tampil membuat laporan untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest