Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Update

Lama Menyepi, Dai Syed Muncul Dengan Puisi Kata-Kata Semangat

Semoga dipermudahkan

Published

on

Selepas diarahkan untuk membayar wang ikat jamin sebanyak RM35,000, pendakwah selebriti Dai Syed kini sudah dibebaskan selepas direman selama 18 hari oleh pihak polis.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful kini dikatakan sedang berehat di rumah abangnya bersama ibunya yang tercinta.

Sepanjang ditahan reman, Syed tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tetapi kini ada beberapa update terbaharu di laman Instagram miliknya.

Namun update tersebut hanya la menunjukkan Syed kongsikan beberapa kata-kata semangat berbentuk puisi di Instagram story miliknya.

“Diusirnya aku tepat pada masa, rintihan kejar janji dunia semata, ku disini masih diri bagai hamba, sampai mati pasti digarinya.”

Sebelum ini Syed ada memberitahu bahawa beliau mahu berehat seketika dan menghabiskan masanya bersama dengan keluarga sebelum sebutan semula kes pada Januari 2021.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

Sumber foto: Instagram Dai Syed

Baca juga artikel sebelum ini :

[TERKINI] Laku Seks Luar Tabii, Da’i Syed Didakwa Di Mahkamah Petaling Jaya

“Kluster Da’i Syed” Laporan Makin Bertambah, Peminat Tetap Beri Sokongan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest