Connect with us
Selamat Hari Raya

Update

Lepas Alif Satar, Kini Ibu Bapa Dan Adiknya Pula Positif Covid-19

Risau pula…

Published

on

Sekali lagi berita tentang keadaan penyanyi Alif Satar yang kini disahkan positif virus Covid-19 selepas dia membuat ujian saringan buat kali kedua ketika tamat menjalani pengambaran di pentas Semi Final Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) pada 20 November lalu.

Kini, perkhabaran sedih turut diterima selepas ibu bapa dan adik bongsu penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu turut disahkan positif Covid-19.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh pengurus Alif iaitu Adlina yang turut memberitahu bahawa dia terselamat dan bebas daripada virus tersebut.

Menurutnya, ibu bapa dan adik Alif kini sedang dirawat di hospital dan isteri Alif bersama tiga lagi anaknya turut menjalani ujian saringan tetapi keputusan masih lagi belum diketahui.

Alif kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka dan dimaklumkan pelakon itu juga berada dalam keadaan yang sihat tetapi masih lagi berada di bawah pengawasan pihak perubatan.

Dalam pada itu, sebab mengapa Alif ditempatkan di Hospital Melaka ialah kerana beliau masih lagi sedang menjalani pengambaran drama terbitan JS Pictures Sdn. Bhd yang dijadualkan sepatutnya berakhir pada 23 November ini.

Namun disebabkan itu, pengambaran drama dibawah terbitan syarikat produksi Sheila Rusly itu juga perlu dihentikan serta merta bagi keselamatan para pelakon dan juga krew produksi yang lain.

Semoga isteri, anak-anak Alif dan semua selebriti serta mereka yang turut menjadi kontak rapat Alif dijauhkan daripada virus ini.

BACA JUGA:

Sedia Mental Untuk Jawapan Ujian Saringan, Andi Bernadee Syukur Negatif Covid-19
 Alif Satar Mohon Maaf, Umum Dirinya Positif Covid-19
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest