Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Update

Mangsa Dakwa Dirogol Pendakwah Bebas Murung Sampai Nak Bunuh Diri

Hmm 7 laporan…

Published

on

Hari demi hari, ada sahaja laporan polis yang diterima berkaitan kes rogol melibatkan seorang pendakwah selebriti yang kini telah ditahan reman oleh pihak polis.

Namun selepas ditahan pada 27 November lalu, pihak polis telah menerima sebanyak 6 lagi laporan daripada mangsa yang lain membuatkan kesemuanya sebanyak 7 laporan polis.

Namun pada 1 Disember, difahamkan mangsa pertama yang membuat laporan polis telah mengalami tekanan perasaan yang melampau sehingga membuatkan dia mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Menurut pemilik akaun Twitter @kucingslayer yang telah mendedahkan perkara ini pada mula lagi, rakannya itu disahkan mengalami kemurungan semenjak Jun 2018.

 

Sebelum mangsa masuk ke rumah suspek, mangsa telah ditipu kononnya ada orang lain di dalam rumah tersebut dan bukannya hanya mereka berdua sahaja.

Mangsa telah mengalami kemurungan melampau selepas dirogol pada 11 September 2019 yang lalu dan terpaksa mendapatkan rawatan susulan di hospital.

Diharapkan netizen dapat menghentikan segala fitnah terhadap mangsa buat masa ini kerana risau ia akan mengganggu mental si mangsa sendiri.

Dalam masa yang sama, ada segelintir netizen yang mempersoalkan mengapa baru sekarang banyak laporan yang diterima oleh pihak polis walaupun perkara itu telah berlaku kepada mereka bertahun yang lalu.

Apa yang dapat dikatakan ialah kemungkinan mangsa berasa takut untuk bersuara kerana bimbang akan dipersalahkan semula seperti sekarang.

Kita biarkan sahaja pihak polis menjalankan siasatan terhadap kes ini dan doakan semoga keadilan akan berpihak pada yang benar.

Kes ini akan disiasat dibawah kesalahan seksual seperti Seksyen 376 ( rogol), 354 (cabul), 377 (seks luar tabii) dan 323 (mencederakan) mengikut Kanun Keseksaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest