Connect with us
Hot FM

Update

Masih Diamkan Diri Isu Langgar SOP, Ruangan Komen Foto Nurin Afiqah Dihujani Persoalan Netizen

Menurut Nurin, beliau akan memberi kenyataan tidak lama lagi dan bermohon supaya orang ramai dapat bersabar

Published

on

Semenjak 30 April lalu, nama personaliti media sosial Nurin Afiqah telah menjadi bualan hangat segelintir warganet selepas isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis berbuka puasa.

Nurin bersama beberapa lagi selebriti lain nampak begitu mesra bersalaman, berpelukan dan berlaga pipi sewaktu berjumpa.

Dalam masa yang sama ada ketika mereka juga dilihat tidak memakai pelitup muka sewaktu mengambil foto bersama.

Namun sehingga 6 Mei, Nurin masih lagi tidak memberi sebarang permohonan maaf atau kenyataan balas daripada pihaknya.

Sebab mengapa nama Nurin menjadi perhatian ialah kerana ketika majlis berbuka puasa tersebut, beliau sempat membuat promosi terhadap produk keluarannya sendiri sehingga membuatkan penyanyi rap Caprice membuka mulut.

Bagi Caprice, Nurin seakan-akan mengambil peluang terhadap selebriti dan anak yatim di program berkenaan demi mempromosikan produknya sahaja.

Hasil semakan, syarikat yang diusahakan oleh Nurin telah menaja program berbuka puasa tersebut dan disebabkan itu beliau dengan berani membuat promosi bersama tetamu yang hadir.

Namun dalam perkembangan terkini, difahamkan seramai tujuh individu telah dipanggil oleh pihak polis bagi membantu siasatan isu berkenaan.

Ruangan komen di posting terkini Nurin turut dibanjiri dengan komen warganet yang masih tertanya-tanya tentang perkembangan dan ada juga yang menuntut permohonan maaf daripada beliau.

Nurin yang juga sedang berjinak-jinak dalam dunia seni itu turut memuat naik beberapa Instagram story meminta agar orang ramai dapat bersabar bagi mendengar penjelasan daripada pihaknya.

Apa pun, diharapkan agar Nurin dapat memberi kenyataan dengan segera agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera.

Baca juga artikel berkaitan:

Majlis Buka Puasa Tak Ikut SOP Dihadiri Para Selebriti, Netizen Minta Buat Laporan Polis
Isu Langgar SOP Dalam Majlis Berbuka Puasa, Caprice Tampil Petik Nama Nurin Afiqah
Sumber foto: Instagram Nurin Afiqah
Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest