Connect with us
Selamat Hari Raya

Onz

Membanggakan! Kini Dessert Hasil Tangan Dato Fazley Boleh Didapati Di Rangkaian Kedai Kopi Terkenal

Dato Fazley berkongsi keterujaan beliau apabila air tangannya kini sudah memasuki rantaian pasaran kedai kopi terkenal di seluruh negara iaitu Starbucks!

Published

on

Bagi yang mengenali chef selebriti terkenal iaitu Dato Fazley Yaakob pasti tahu beliau adalah seorang yang suka bereksperimentasi dengan masakan dan manisan, malah sangat dikenali di Malaysia.

Baru-baru ini beliau berkongsi keterujaannya bersama dengan pengikut di laman Instagram apabila air tangannya kini sudah memasuki rangkaian pasaran kopi terkenal di seluruh negara iaitu Starbucks!

Berita gembira itu dikongsikan di laman Instagram beliau :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Menulis di ruangan kapsyen :

“Alhamdulilah!!!! I’m so excited!!!!! Ini cita-cita saya dapat bekerjasama dengan @mystarbucks — jenama kegemaran saya. Tak pernah termimpi (*saya tengah sebak*) apa yang saya perjuangkan selama ini menjadi kenyataan iaitu untuk mengetengahkan citarasa Malaysia ke mata dunia.

Saya memperkenalkan: (More to come!)
⭐️ Eclairs Daging Salai Lemak Cili Api
⭐️ Kek Biskut Batik
⭐️ Kek Kuih Ketayap Inti Kelapa Gula Melaka
⭐️ Roti Kerak Gula Melaka
⭐️ Roti Kerak Pandan

Kami bermula di semua cawangan Starbucks di Lembah Klang dan akan juga ada di SEMUA cawangan Malaysia selepas ini.

Cuba tau, lepas tu jangan lupa tag/mention saya! Saya akan reply/repost semua.

Terima kasih semua!!!!! Bismillahirahmannirahim.”

Menurut Dato Fazley, Starbucks merupakan kafe kopi yang sangat digemarinya dan siapa sangka, kini beliau berjaya menembusi pasaran dan memperkenalkan manisan-manisan kebanggaan di Malaysia seperti Kek Biskut Batik, Eclairs Daging Salai Lemak Cili Api, Kek Kuih Ketayap Inti Kelapa Gula Melaka, Roti Kerak Gula Melaka dan Roti Kerak Pandan.

Fuh dengar je nama-nama manisan tu pun dah terliur kan!

Dalam pada itu, Dato Fazley turut mendedahkan bahawa manisan berkenaan boleh didapati di seluruh cawangan Starbucks di sekitar Lembah Klang dan bagi kawasan di luar kawasan, akan dilancarkan tidak lama lagi.

Tak sabar nak rasa semua manisan ni, apa-apa pun tahniah kami ucapkan!

Sumber : Instagram Dato Fazley Yaakob

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest