Connect with us
Hot FM

Selebriti

“Mohon Doa” Didakwa Hilang Waktu Misi Bantuan, Caprice Sahkan Ustaz Ebit Lew Selamat

Menurut Caprice, Ustaz Ebit kini baik-baik sahaja dan dengan berita itu ramai berasa lega

Published

on

Semenjak 25 Mei lalu, pendakwah Ustaz Ebit Lee telah bertolak ke Palestin bagi misi bantuan  kemanusiaan.

Tetapi kini, lama sudah kita tidak dengarkan perkembangan tengang misi berkenaan serta status beliau sendiri, maklumlah Palestin merupakan salah satu negara yang sedang bergolak dan sudah semestinya ramai yang bimbang dengan keselamatan dirinya.

Ada yang mengatakan kononnya Ustaz Ebit sedang dalam keadaan bahaya serta diculik oleh pihak lawan dan banyak lagi.

Namun nampaknya kita boleh tarik nafas lega apabila selebriti Caprice sendiri mengesahkan bahawa Ustaz Ebit kini dalam keadaan baik-baik sahaja.


Menerusi posting yang dimuat naik oleh Caprice di laman Instagram miliknya, beliau ada kongsikan perbualannya bersama dengan Ustaz Ebit bagi bertanyakan perkembangan dirinya.

Syukur Alhamdulillah Ustaz Ebit kini baik-baik sahaja namun dalam masa yang sama beliau turut memohon doa daripada semua.

Dengan berita tersebut, ramai dapat menarik nafas lega kerana bimbang sudah lama Ustaz Ebit tidak kongsikan perkembangan baharu beliau di sana.

Apa pun, sama-sama kita doakan supaya urusan Ustaz Ebit dipermudahkan dan semoga beliau dilindungi oleh Allah S.W.T

Sumber foto: Instagram Caprice

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest