Connect with us
Geng Pagi Hot

Update

Muat Naik Video Sweet, Ramai ‘Makan Hati’ Dengan Ayda Jebat Dan Nabil Mahir

Sweet sangat ni!

Published

on

Inai di jari masih lagi merah, nampaknya pasangan pengantin baru ni masih lagi dalam mood honeymoon ya.

Pelakon Ayda Jebat baru sahaja memuat naik satu video pendek menunjukkan dirinya bersama dengan suami iaitu Nabil Mahir sedang bermanja ketika mereka sedang berbulan madu.

Caption yang ditulis oleh Ayda pun boleh tahan sweet juga ya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Ruangan komen di posting berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah serta ada juga yang ‘makan hati’ melihat aksi mesra mereka berdua.

Turut menjadi lucu apabila ada beberapa netizen yang berada dalam status single turut berasa kesunyian selepas menonton video Ayda dan Nabil ini.

Dalam masa yang sama, Nabil turut memuat naik satu foto mereka berdua berserta dengan caption nasihat untuk sesiapa yang sedang mencari pasangan hidup.

Namun ada pula seorang netizen yang begitu ‘prihatin’ sehingga meninggalkan komen yang tidak enak kerana baginya Nabil tidak sesuai untuk memberi nasihat tentang rumah tangga disebabkan mereka berdua baru sahaja bergelar suami isteri.

Bukan mudah untuk puaskan hati semua orang, tapi kalau tak ada benda baik yang nak dikatakan, lebih baik berdiam diri kan?

Apa pun, semoga rumah tangga Ayda dan Nabil berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan seramai 13 orang cahaya mata!

Baca juga artikel sebelum ini:

Ayda Jebat Dedah Perangai Suami Suka Pakai Baju Tidur Koyak, Netizen Terhibur Anggap Nabil ‘Rare’!

Baru Nak Honeymoon, Peminat Suruh Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Balik Cepat Kerana PKP

Sumber foto dan video: Instagram Nabil Mahir dan Ayda Jebat

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest