Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Update

Nikah Dalam Majlis Tertutup, Ernie Zakri Kini Sah Jadi Milik Syamel Sepenuhnya!

Tahniah Ernie dan Syamel, bagai pinak dibelah dua ya pasangan pengantin ni!

Published

on

Syukur alhamdulillah, majlis pernikahan antara penyanyi terkenal Ernie Zakri dan pasangannya Syamel berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Pasangan ini memilih hari Jumaat bertarikh 26 Mac sebagai saksi penyatuan cinta antara dua jiwa.

Ernie dan Syamel kini sah menjadi suami isteri dengan sekali lazaf dalam majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah masjid di Puncak Alam pada jam 10 pagi tadi dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Mereka telah dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zainal dan berwalikan bapanya iaitu Zakri Ahmad.

Difahamkan Syamel telah memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh dan bagi upacara membatalkan air sembahyang, Syamel turut menyarungkan seutas gelang tangan kepada Erinie.

Namun untuk wang hantaran, mereka berdua bersepakat untuk merahsiakannya daripada umum.

Dalam masa yang sama, sebuah majlis kecil-kecilan akan diadakan pada 3 April ini bagi meraikan rakan-rakan di dalam industri serta pihak media yang selama ini menyokong karier seni mereka.

Tahniah diucapkan kepada Ernie dan Syamel atas mahligai cinta yang dibina, semoga rumah tangga ini kan berkekalan hingga ke syurga!

Gambar akan menyusul selepas ini

Bersama Hitung Hari Bahagia, Syamel Dan Ernie Zakri Bakal Post Video Pre Wedding?

Sumber foto: Instagram Ernie Zakri

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest