Connect with us
Hot FM

Update

“Paksa Anak Yatim Keluar” Lepas 7 Hari, Nurin Afiqah Mohon Maaf Isu Langgar SOP Tapi Caprice Dedahkan…

Kata Nurin, beliau menafikan ada menarik dan memaksa anak yatim serta beberapa selebriti untuk mempromosikan produk, tapi Caprice telah menghubungi pihak rumah anak yatim memberitahu…

Published

on

Selepas tujuh hari isu pelanggaran SOP ketika majlis berbuka puasa, kini selebriti media sosial Nurin Afiqah tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi posting terbaharunya di laman Instagram, Nurin memuat naik satu foto permohonan maaf yang dilakukan olehnya daripada laman Twitter.

Namun di ruangan komen, kelihatan Caprice meninggalkan beberapa komen mengenai hal itu dan mempersoalkan beberapa perkara.

Menurut Caprice, apa yang ditulis oleh Nurin tidak sama dengan apa yang beliau jelaskan kepadanya selepas beberapa pekerja Caprice dan anak yatim dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi untuk siasaran lanjut isu tersebut.

Dalam masa yang sama, Caprice turut memuat naik satu video menunjukkan beliau telah menghubungi pihak sekolah anak yatim bagi mendapatkan jawapan yang mana mereka dikatakan telah ditarik sendiri oleh Nurin untuk mempromosikan produk beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Majlis berbuka puasa itu merupakan anjuran syarikat Caprice sendiri dan disebabkan itu lah beliau bersuara lantang mengenai isu tersebut.

Mungkin pertelingkahan ini akan selesai sekiranya Caprice dan Nurin dapat berjumpa empat mata bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.

Semoga isu ini tidak lagi berpanjangan, harapnya jangan lah ada orang langgar SOP lagi ya.

Baca juga artikel sebelum ini:

Masih Diamkan Diri Isu Langgar SOP, Ruangan Komen Foto Nurin Afiqah Dihujani Persoalan Netizen

Isu Langgar SOP Dalam Majlis Berbuka Puasa, Caprice Tampil Petik Nama Nurin Afiqah

Sumber foto dan video: Instagram Nurin Afiqah dan Caprice

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest