Connect with us
Geng Pagi Hot

Update

Saling Berbalas I Love You, Hubungan Aiman Tino Dan Ibu Dah Kembali Baik

Mak mana yang sanggup marah anak dia lama-lama? Alhamdulillah semuanya dah kembali pulih

Published

on

Semenjak 8 Februari lalu, industri seni dikejutkan dengan berita tentang ‘kehilangan’ penyanyi muda, Aiman Tino yang kononnya dikatakan telah ‘diikat’ oleh seorang wanita.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh ibu Aiman iaitu Hazelina Mat Jalil selepas anaknya itu gagal dihubungi dan dikatakan sudah melupakan keluarganya yang kini berada di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Dalam masa yang sama, pihak Hot FM berjaya mendapatkan sendiri kenyataan daripada Aiman berhubung perkara ini dan beliau mengakui terdapat salah faham antara kedua ibu bapanya terhadap dirinya.

Namun, ibu mana yang sanggup nak putuskan silaturahim bersama dengan anaknya kan?

11 Februari lalu, Hazelina atau lebih mesra disapa dengan panggilan Riena telah memuat naik foto lamanya bersama dengan Aiman dan suami berserta caption yang menenangkan hati.

Lebih menyentuh hati apabila Aiman turut meninggalkan komen pada foto berkenaan.

Rata-rata komen yang ditinggalkan turut berharap agar hubungan baik antara Aiman dan keluarganya akan berkekalan selama-lamanya.

Macam ni la baru best, kalau ada masalah kena la selesaikan dengan sebaik mungkin.

Harapnya lepas ni dah tak ada berita yang tak sedap didengar dah ya…

Baca juga artikel sebelum ini:

Lama Menghilang, Ibu Aiman Tino Dakwa Anaknya Telah ‘Diikat’ Seseorang

Aiman Tino Akui Salah Faham Antara Keluarga, Ada Yang Kata Semuanya Demi ‘Marketing’

Sumber foto: Instagram Hazelina dan Aiman Tino

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest