Connect with us
Selamat Hari Raya

Update

“Saya Patut Jadi Contoh Baik” Mohon Maaf Langgar SOP, Neelofa Terima Keputusan Dengan Hati Terbuka

Mengaku tak jadi contoh baik, Neelofa mohon maaf atas isu pematuhan SOP majlis perkahwinan dan rentas negeri bersama suami ke Pulau Langkawi

Published

on

Semenjak 27 Mac lalu, nama bekas pengacara terkenal Noor Neelofa menjadi bualan hangat di bibir warganet lebih-lebih lagi disebabkan isu pematuhan SOP ketika majlis perkahwinannya yang diadakan penuh meriah.

Tidak lama selepas itu, Neelofa sekali lagi mendapat tumpuan apabila beliau dan suaminya, Haris Ismail telah didapati berbulan madu di Pulau Langkawi sehingga membuatkan ramai naik hantu melihat pasangan itu bercuti.

Kemudian, pada 7 April lalu nama beliau disebut kembali disebabkan pelancaran selipar yang dikatakan ‘muslim friendly‘ itu.

Disebabkan terlalu banyak isu yang terpalit, Neelofa kini telah tampil membuat permohonan maaf atas apa yang telah berlaku dan turut mengakui kesilapan yang dilakukan olehnya.

“Saya dan suami dah bagi kenyataan di Balai Polis Dang Wangi untuk bagi penjelasan berkaitan hal ni. Kalau kita tengok ada banyak versi cerita di luar sana berkaitan dua hal isu ni. Saya ikhlas hati nak mohon maaf atas kesalahan SOP, saya dan suami terima dengan hati terbuka segala keputusan dan tindakan pihak berkuasa.”

“Sekali lagi saya mohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti hal ni. Banyak saya terlepas pandang, saya patut jadi contoh yang lebih baik.”

Penjelasan yang singkat dan padat itu turut mendapat perhatian ramai warganet sehingga ada yang masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang sedang terjadi.

Apa pun, isu ini masih lagi dalam siasatan pihak polis dan biar lah pihak berkuasa selesaikannya dengan sendiri.

Baca juga artikel berkaitan:

Selipar ‘Muslim Friendly’ Dikritik Hebat, Sehingga Neelofa Dikatakan Penunggang Agama?

Sumber foto dan video: Twitter Affendy dan Instagram Neelofa

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest