Connect with us
Selamat Hari Raya

Update

“Saya Serahkan Urusan Teguran Ini Kepada Allah S.W.T”-Bapa Da’i Syed Minta Mangsa Tampil Buat Laporan Polis

Semoga kebenaran segera terbukti!

Published

on

Semenjak 24 November lalu, media sosial telah dikejutkan dengan berita mengenai seorang pendakwah muda iaitu Da’i Syed yang dikatakan telah merogol dan membawa pulang beberapa orang gadis ke kediamannya yang terletak di sekitar Damansara Perdana.

Selepas isu ini tular, bapa kepada Da’i Syed, iaitu Seif Jamalullail telah mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya dan ahli keluarga yang lain.

“Semua sudah maklum DAI SYED adalah anak saya. Hari ini bertalu-talu mesej masuk ke inbox saya beserta SS yang dah viral. Masing² menunggu balasan dan respon saya. Saya nyatakan disini utk tatapan semua yg bertanya.. Saya sudah berikan didikan daripada kecil menurut saranan agama tapi tiada upaya bila semua message saya diabaikan selama 2 tahun tanpa di balas sepatah pun.”

Assalamualaikum wbt..
Firman Allah ” Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai Fitnah/cobaan…

Posted by Seif Jamalullail on Tuesday, November 24, 2020

Menurut bapanya, hubungan kekeluargaan mereka tidak seperti dahulu yang mana ada perubahan yang berlaku dalam diri pendakwah muda berusia 25 tahun itu.

Dalam masa yang sama, Seif juga ada menyebut bahawa isu itu pernah dibangkitkan dahulu tetapi kini ia viral semula sehingga membuatkan mereka sekeluarga tidak tahan lagi untuk menghadapi semua ini.

Isu ini turut menjejaskan pelajaran adik-adiknya yang masih bersekolah kerana mereka sering diejek di sekolah  mengenai kelakuan abang mereka itu.

Seif juga mengakui bahawa ada beberapa mangsa yang mengadu kepadanya dan apa yang boleh dia katakan sekarang ini ialah berharap supaya mereka dapat membuat laporan polis dengan secepat mungkin.

Baginya, dia sendiri tidak akan mempertahankan atau menyebelahi Da’i Syed sekiranya terbukti dia melakukan kesalahan tersebut.

Rata-rata netizen meninggalkan komen simpati terhadap bapa Da’i Syed dan keluarganya yang terpaksa menghadapi kecaman dan menanggung malu atas perbuatannya itu.

Jika benar sekiranya perkara ini pernah berlaku, diharapkan ada keadilan buat si mangsa…

Baca artikel sebelum ini : [TERKINI] Dituduh Merogol, Da’i Syed Tampil Membuat Laporan Polis

Dituduh Bawa Balik Gadis, Netizen ‘Spill Tea’ Da’i Syed Pernah…

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest