Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Onz

Sayu Lihat Cenderahati Terakhir Dari Kartunis Artortoise, Ustaz Dr Zulkifli Mohon Sedekah Al-Fatihah Buat Arwah

Sayu…

Published

on

1 Disember 2020 menjadi tarikh duka yang diiringi air mata apabila kartunis komik dakwah Artortoise, Mohamad Ikhsan Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Artortoise telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.37 pagi.

Perginya seorang kartunis yang meninggalkan karya-karya yang bermanfaat yang banyak mengesani jiwa.

Pengumuman duka ini diumumkan menerusi laman Facebook rasmi milik kartunis itu.

Assalamualaikum WBT…

Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan bin Kamarudin ( @ikhsanise Artortoise ) telah…

Posted by Artortoise on Monday, 30 November 2020

Difahamkan arwah menghidapi penyakit kanser Hepatitis B ataupun radang hati dan dirawat di Institut Kanser Negara sebelum dipindahkan ke Hospital Selayang.

Perkhabaran memberitahu bahawa jenazah arwah telah pun selamat dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pada pagi 1 Disember 2020.

Arwah sangat disanjungi di kalangan masyarakat kerana beliau merupakan kartunis yang banyak berjasa dalam menyebarkan informasi dan kesedaran terutama semasa pandemik memuncak.

Tidak terlepas mengucapkan rasa sayu dan takziah, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mengimbas kembali saat menerima beg cenderahati berserta lukisan arwah yang diberi kepada beliau.

Dalam pada itu, rakan-rakan artis dilihat turut mengucapkan takziah pada keluarga arwah.

Pihak Artortoise juga memohon doa daripada semua pengikut dan peminatnya serta warganet agar urusan perjalanan arwah bertemu Penciptanya dipermudahkan.

Kami di Hot FM turut mendoakan semoga roh Allahyarham Mohamad Ikhsan bin Kamarudin dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang yang beriman serta dipermudahkan segala urusannya di sana.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest