Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Update

#SEBASMEAWARD: Terima Anugerah “Celebrity Entrepreneur Of The Year”, Instagram Shuib Dibanjiri Ucapan Tahniah

Usahawan terkenal itu meluahkan rasa syukur atas penganugerahan yang diterima, malah mengucapkan terima kasih pada yang tidak berhenti memberi sokongan.

Published

on

Selepas mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran dalam membangunkan perniagaan, pelawak, pelakon dan usahawan terkenal iaitu Shuib telah dianugerahkan “Celebrity Entrepreneur Of The Year” oleh SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBASMEWARDS) pada 25 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Berita gembira itu dikongsi oleh Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad di laman Instagram miliknya :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Menulis di ruangan kapsyen :

“CELEBRITY ENTREPRENEUR of the YEAR

Alhamdulillah syukur,Allah Maha Besar.Anugerah khas buat @bubblebeemalaysia_hq Terima kasih diatas doa dan support . Terima kasih SME And ENTREPRENEURS BUSSINESS AWARD diatas penganugerahan ini. Jauh lagi perjalanan,doakan kami,,,,Pastiiii!!! Seluruh Dunia!!!! @sebasmeawards”

Usahawan terkenal itu meluahkan rasa syukur atas penganugerahan yang diterima, malah mengucapkan terima kasih pada yang tidak berhenti memberi sokongan dan mendoakan perniagaan yang sedang diusahakannya ketika ini.

Dalam pada itu, laman sosial Instagram Shuib turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada pengikut, warganet dan rakan artis.

Tahniah dari kami di Hot FM Ib!

Sumber : Instagram Shuib Sepahtu

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest