Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Update

SPRM Serbu Syarikat Tidak Bayar Royalti Artis, Pengurusan Sheila Majid Antara Yang Disiasat

Oh no..

Published

on

Kebelakangan ini isu penyelewangan semakin berleluasa dan kita sering mendengar mengenai perkara ini.

Terbaru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu empat pejabat badan pengurusan royalti artis pada 26 November 2020 bagi memulakan siasatan berhubung isu dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu.

SPRM lancar bilik gerakan PRK Parlimen Sandakan

Sumber memberitahu antara pejabat yang diserbu adalah Public Performance Malaysia (PPM), Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM), Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) dan juga syarikat pengurusan Recording Performers Malaysia (RPM) yang dikendali oleh Sheila Majid, yang juga selaku pengerusi syarikat itu.

After 13 years, Sheila Majid releases new album, Entertainment News - AsiaOne

Tampil menjawab perkhabaran itu, Sheila menegaskan bahawa tiada istilah serbuan, sebaliknya RPM hanya dihubungi SPRM dan diminta memberikan kerjasama berhubung siasatan isu penyalahgunaan dana kutipan royalti hak cipta lagu.

“Serbuan apa semua itu tidak benar sama sekali. Kami hanya dihubungi menerusi panggilan telefon dan diminta untuk memberikan kerjasama.”

“Kami sedia untuk itu. Segala dokumen terlibat seperti diminta juga sudah kami sediakan bagi membantu siasatan,” ujarnya 

Astro dedicates channel to music concerts, from Coldplay to Sheila Majid | The Star

Sebagai pengerusi katanya, dia bersama ahli lembaga pengarah RPM yang lain juga sedia memberikan sepenuh kerjasama tanpa berselindung mengenai isu royalti yang sedang hangat diperkatakan.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Sinaran itu, dalam perbualan bersama SPRM, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengadakan satu pertemuan, namun belum ada sebarang ketetapan.

SPRM juga dilaporkan sudah memulakan siasatan susulan maklumat yang diterima daripada pengusaha industri di Malaysia di mana royalti yang dikutip ini tidak disalurkan kepada artis dan pencipta lagu.

 

Sumber dari Harian Metro dan Kosmo!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest