Connect with us
Selamat Hari Raya

Update

Syifa Melvin Luah Rasa Duka, Nenek Tersayang Pergi Sebelum Sempat Menyambut Ramadhan

“Kami sedih tapi bersyukur sebab dia sedar sampai last nafas dia.. Kalimah LaillahaillaAllah tak lekang dimulut”

Published

on

Pelakon dan usahawan terkenal, iaitu Syifa Melvin baru-baru ini berkongsi khabar duka di mana beliau baharu sahaja kehilangan allahyarhamah nenek tersayang, iaitu Che Puteh Bt Zakaria.

Berkongsi di laman Instagram, Syifa menceritakan tentang cara pemergian Allahyarhamah seakan sudah tahu dirinya bakal dijemput ilahi, malah pemergiannya dipermudahkan dan proses pengebumian berjalan dengan lancar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SM (@syifamelvin)

Menulis di ruangan kapsyen :

“P dah Tok kami berubah alam, kami sedih tapi bersyukur sebab dia sedar sampai last nafas dia.. Kalimah LaillahaillaAllah xlekang dimulut,mulut dan dada bersarang sebut kalimah Allah,Dia sempat cakap “aku ingat Allah,ingat Allah” hebat pengakhiran dia..

Semalam mintak nk sangat mandi,harini 15 minit sebelum habis dia mintak tukar Pampers walhal dalam Pampers tu takde apa pun, Dia nak bersih.. Kami masih berharap dekat Tok tapi Allah swt lagi sayang.. Nampak Detik Sakarattul Maut Tok tak sakit pun,. Allahuakbar, Semoga Roh Tok tenang disama.. Kita jumpa lagi Tok, Yah sayang tok, my only Tok❤️❤️❤️”

Dalam pada itu, adik beradik kepada Syifa iaitu Syatilla dan Syafiqa turut meluahkan rasa duka di laman Instagram masing-masing :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kaklong KekaSih (@syafiqamelvin)

Menurut Syafiqa, datuknya yang dipanggil Atok terasa kehilangan kerana isteri yang sudah bersamanya selama 61 tahun sudah tiada lagi di sisi.

Sedih melihat perkongsian mereka, kami di Hot FM mendoakan semoga keluarga Melvin diberi kekuatan.

Setiap yang hidup pasti akan pergi. Al-Fatihah.

Sumber : Instagram Syifa, Syatilla, Syafiq Melvin

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest