Connect with us
Selamat Hari Raya

Onz

Tahniah! Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Anak Kedua Pada 7 Ramadan

Tahniah atas kelahiran tersebut!

Published

on

Penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki pada pagi Isnin, 19  April 2021 bersamaan 7 Ramadan.

Berita gembira itu dikongsikan melalui Instagram beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Baca artikel berkaitan: Sempena #JubliSiti25, Riena Diana Excited Dapat Cakap Dengan Siti Nurhaliza Sampai Nak Menangis

“Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi lelaki.

Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi.

Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.”

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid memanjatkan rasa syukur kerana isteri dan anak keduanya itu berada dalam keadaan baik.

“Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.

Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.”

Pasangan tersebut juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang melancarkan urusan mereka dan mendoakan kesejahteraan mereka.

“Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.”

Alhamdulillah, lahirnya bayi tersebut di bulan Ramadan yang mulia.

“Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t.”

Semoga kelahiran kali ini menambah lagi kebahagiaan dalam keluarga mereka.

 

Sumber: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest