Connect with us
Selamat Hari Raya

Update

Tampil Jawab Desas-Desus Kontrak Ditamatkan Syarikat Barangan Kemas Mewah, Ramai Beri Sokongan Pada Neelofa

Ikuti penjelasan Neelofa mengenai isu penamatan kontrak beliau bersama syarikat barang kemas berjenama mewah, Swarovski.

Published

on

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kenyataan sebuah syarikat barang kemas berjenama Swarovski yang mengesahkan bahawa mereka tidak lagi bekerjasama dengan selebriti terkenal iaitu Neelofa menerusi laman Twitter rasmi milik mereka.

Perkara itu nampaknya telah menjadi perbualan hangat netizen sehingga mendapat perhatian selebriti itu sendiri.

Ini penjelasan Neelofa mengenai isu penamatan kontrak beliau bersama syarikat barang kemas berjenama mewah itu :

Baca artikel berkaitan : Selepas Dikompaun Kerana Langgar SOP, Syarikat Barangan Kemas Berjenama Umum Batal Kontrak Dengan Neelofa

Menulis ringkas di laman Twitter miliknya, Neelofa menjelaskan bahawa kontraknya bersama Swarovski telah pun tamat pada Disember tahun lalu dan mereka masih mengekalkan hubungan yang baik antara satu sama lain.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat dan meminta Neelofa mengendahkan komen-komen negatif.

Harap semua bertenang dan tidak mengeluarkan kata-kata tidak baik di bulan Ramadan ini.

Semoga segala kesulitan yang dihadapi Neelofa ketika ini dipermudahkan.

 

Sumber  : Twitter Neelofa

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest