Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Update

“Terima Kasih Kerana Pilih Linda Untuk Lihat Ibu Dinafas Terakhir” Al-Fatihah, Linda Onn Kehilangan Ibu Tersayang

“Mudah sungguh ibu pergi bu…tak menderita lama. 2 minggu je ibu sakit. Lepas tu ibu pergi selamanya. Cepat sangat bu…Rasa macam mimpi”

Published

on

Lama juga tidak mendengar khabar daripada penyampai radio yang sering menjadi sebutan suatu ketika dahulu iaitu Linda Onn.

Mengikuti perkembangan terbaharu beliau, Linda baru-baru ini berkongsi berita menyedihkan di mana beliau baru sahaja kehilangan ibunda tercinta iaitu Sa’diah binti Khamis pada 9 Mac 2021.

Perkhabaran duka itu dikongsikan olehnya di laman Instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7)

Menulis di ruangan kapsyen :

“Setelah 3 minggu berlalu, baru ada sedikit kekuatan untuk Linda post ni.

Bu…Ibu takde sakit. Linda sangat jaga kesihatan ibu. Selama ni Linda takut kalau ibu sakit…ibu takde sakit jantung, kencing manis,darah tinggi atau buah pinggang, ibu tak sakit! Ibu sihat sungguh! Malah ibu lebih sihat, kuat dan aktif daripada Linda.

Tapi nak dijadikan asbab. Tiba-tiba ibu mengadu sakit perut.

Mudah sungguh ibu pergi bu…tak menderita lama. 2 minggu je ibu sakit. Lepas tu ibu pergi selamanya. Cepat sangat bu…Rasa macam mimpi. Linda masih terkejut. Masih tak percaya. Bu….Ibu pergi begitu mudah tapi Linda yang tinggal ni makan masa untuk terima ketiadaan ibu. Sakit bu…

Bu…ibulah ibu, ibulah penasihat apa saja keputusan Linda, ibulah teman baik Linda, ibu yang beri kasih sayang suci dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan…ibu segala-galanya. Ibu tak pernah penat pesan dan nasihat Linda, bu. InshaAllah Linda pegang semua nasihat ibu.

Terima kasih bu…kerana pilih untuk duduk serumah dengan Linda walaupun adik beradik lain berebut nak ibu. Banyak sungguh masa kita bersama bu..Alhamdulillah.

Terima kasih bu…kerana pilih Linda untuk lihat ibu dinafas terakhir ibu.

Terima kasih bu…kerana jaga Linda daripada kecil sampai sekarang.

Terima kasih bu…kerana jaga Zara sejak lahir sampai usia 3 tahun dengan belaian kasih sayang.

Maafkan Linda bu…

Ibu tiada pengganti. Rindu ini tiada berpenghujung, bu.

Kepada teman2 dan saudara mara yang datang ziarah, terima kasih.

Linda mohon semua yang membaca ni sedekahkan alfateha, semoga Almarhumah Sa’diah binti Khamis tenang disisi maha pencipta.

Al-fateha
Sa’diah binti Khamis
8.8.1942 – 9.3.2021

I love you, ibu. Terima kasih.”

Menurut perkongsian tersebut, Linda merupakan seorang yang prihatin dan sentiasa menjaga kesihatan ibunya, malah arwah juga lebih aktif berbanding beliau.

Linda Onn Terharu Ziarah Peminat 76 Tahun - Hiburan | mStar

Bercerita lanjut, Linda memberitahu bahawa ibunya adalah insan yang paling rapat dengannya, jadi pemergian arwah sangat dirasai, lebih-lebih lagi mereka tinggal bersama.

Namun Allah lebih mengetahui, arwah diuji sakit selama 2 minggu sebelum pergi meninggalkan mereka.

Kehilangan orang yang tersayang sememangnya memberikan kesan yang mendalam terhadap diri kita.

Kami di Hot FM turut bersimpati atas pemergian ibunda tercinta, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

 

Sumber : Instagram Linda Onn

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest