Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Update

[TERKINI] Anugerah Juara Lagu Ke 35 (AJL35) Ditunda

Tarikh baharu akan dimaklumkan kelak.

Published

on

Anugerah Juara Lagu 35 yang sepatutnya bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 7 Februari 2021, telah ditunda bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 11 Januari 2021.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Dato’ Khairul Anwar Salleh, mereka juga merasa terkilan kerana PKP dilaksanakan akan tetapi, mereka harus akur dengan keputusan yang telah ditetapkan PM berkenaan.

“Ketika dalam sidang media AJL35 pada 11 Januari, saya dan Penerbit Eksekutif AJL35, Puan Huda sememangnya berharap agar PKP tidak dilaksanakan, dan AJL35 boleh berlangsung seperti yang dijadualkan. Namun, petang tadi, YAB Perdana Menteri telah menguatkuasakan PKP bermula hari Rabu ini sehingga 26 Januari 2021. Tempoh 14 hari PKP ini akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35, terutama kerja-kerja pembinaan pentas dan set lain”

Menurut beliau, untuk menjayakan AJL35, pihak produksi memerlukan banyak tenaga kerja, akan tetapi demi kebaikan semua pihak, mereka memutuskan untuk tidak meneruskan acara itu.

Hal ini kerana, kerja-kerja pembinaan tersebut memerlukan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, untuk kebaikan semua pihak, kami memutuskan untuk menunda AJL35 ke tarikh yang akan diberitahu kelak, sebaiknya setelah tempoh PKP ditamatkan secara rasmi.”

Dalam pada itu, mereka juga memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat, secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan AJL35 dan akan memberitahu tarikh baharu AJL35 kelak.

Kami di Hot FM juga berharap agar semua rakyat akan patuh SOP PKP demi kebaikan dan keselamatan kita semua.

Untuk rekod, ini senarai finalis yang bakal berentap di AJL35 nanti :

finalis ajl35

 

Sumber dari Unit Perhubungan Awam Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest