Connect with us
Selamat Hari Raya

Onz

[TERKINI]: Engku Emran Akhirnya Sah Bergelar Suami Kepada Noor Nabila

Tahniah!

Published

on

Desas-desus mengenai hubungan kakak kepada pengacara dan usahawan Noor Neelofa iaitu Noor Nabila dan Engku Emran Engku Zainal Abidin akhirnya terjawab selepas mereka sah dinikahkan pada pagi 19 Mac 2021.

Foto-foto pernikahan mereka dipapar eksklusif menerusi laman Instagram Story keluarga Nabila termasuklah ibunya Noor Kartini dan Neelofa sendiri.


Engku Emran dan Noor Nabila telah dinikahkan oleh adiknya iaitu Mohd Aqief di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur selain menerima sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin.

Bagaimanapun, tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin.

Jumlah wang hantaran juga tidak dimaklumkan.

Walaupun pernikahan mereka diadakan secara sederhana, ia masih lagi tampak meriah dengan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat.




Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga.

Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia tiga tahun.

Dalam pada itu, ini perkahwinan ketiga bagi Engku Emran selepas dua perkahwinan terdahulu bersama pelakon popular, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella berakhir dengan perceraian.

Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, 12, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak.

Engku Emran berpisah dengan Laudya, Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

 

Sumber foto: Instagram Neelofa & Noor Kartini

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest