Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Update

[TERKINI] JAIS Beri Kelonggaran Benarkan Nikah, Tetapi Dengan Syarat-Syarat Ini

Alhamdulillah…

Published

on

Susulan pengumuman lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di daerah Selangor dilanjutkan lagi sehingga 9 November depan, perkara itu sekali gus membimbangkan pasangan yang sudah membuat persiapan untuk bernikah pada tarikh yang telah dikenakan PKPB.

Terkini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memuat naik satu kenyataan memutuskan untuk memberi kelonggaran dalam pelaksanaan upacara akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di seluruh Selangor dengan kehadiran dan jumlah temujanji terhad pada satu-satu masa mulai 2 November ini.

KENYATAAN MEDIA

Ketetapan Pelaksanaan Upacara Akad Nikah di Negeri Selangor Mulai 2 November 2020

#jabatanagamaislamselangor
#islamicsaviourobedience

Posted by Jabatan Agama Islam Selangor on Thursday, 29 October 2020

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kebenaran melaksanakan akad nikah tertakluk kepada beberapa syarat :

1. Pemohon lelaki dan perempuan sudah mendapat Kebenaran Berkahwin mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 dari PAID.

2. Hanya tiga orang dibenarkan hadir upacara akad nikah iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali.

3. Hanya lima akad nikah dibenarkan dalam masa satu hari iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat (hari bekerja) bermula 9 pagi hingga 4 petang.

4. Kebenaran ini diberi kepada pasangan dalam Selangor, pihak lelaki atau pihak perempuan dari luar Selangor dengan tanggungjawab pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan kebenaran pergerakan rentas daerah atau negeri jika diperlukan, oleh pihak berkuasa.

5. Cadangan upacara akad nikah yang mendapat kebenaran dari Ketua Pendaftar Nikah, Cerai Dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor sahaja akan diterima untuk dilaksanakan di PAID.

Sehubungan itu, anda yang terkesan sudah boleh mulai membuat temujanji upacara bagi akad nikah dengan menghubungi PAID berkaitan untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest