Connect with us
Geng Pagi Hot

Update

[TERKINI] Laku Seks Luar Tabii, Da’i Syed Didakwa Di Mahkamah Petaling Jaya

Semoga keadilan berpihak kepada kebenaran…

Published

on

Pendakwah selebriti yang sebelum ini ditahan dan direman atas dakwaan merogol, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail telah didakwa di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya, pada 10 Disember 2020 atas pertuduhan melakukan seks luar tabii.

PENDAKWAH selebriti yang sebelum ini ditahan atas dakwaan merogol dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini untuk permohonan reman oleh pihak polis. FOTO Asyraf Hamzah

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang wanita berusia 22 tahun di sebuah rumah di Damansara Perdana pada 3 pagi hingga jam lebih kurang 4 pagi, 17 Oktober lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicara sebaik kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Ketika ini, Syed sedang didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas satu lagi pertuduhan.

Untuk rekod, menurut kenyataan daripada pihak polis sebelum ini, modus operandi yang digunakan sama sahaja terhadap semua mangsa iaitu menghantar pesanan Direct Message (DM) di Instagram, meninggalkan komen di gambar, mengajak keluar makan dan akhirnya akan dipancing untuk singgah ke rumahnya sama ada untuk belajar atau atas sebab yang lain.

Berita lanjut menyusul.

 

Sumber dari Harian Metro.

Baca artikel sebelum ini : “Kluster Da’i Syed” Laporan Makin Bertambah, Peminat Tetap Beri Sokongan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest