Connect with us
Geng Pagi Hot

Update

Terus Beri Kelainan, Hot FM Kini Tampil Dengan Suara Baharu Setiap Pagi

Tak sabar rasanya!

Published

on

Radio Lebih Hangat Daripada Biasa, Hot FM kini tampil dengan beberapa suara baharu untuk segmen pagi jam 6 hingga 10 pagi sepanjang minggu ini.

Jika sebelum ini segmen Geng Pagi Hot dikendalikan oleh Shuk, Shuib dan Fizie, sepanjang satu minggu ini pendengar akan dapat mendengar beberapa suara baharu untuk memberikan satu kelainan bersempena tahun 2021.

Shuib tinggalkan Hot FM - Kosmo Digital

Seramai 10 suara bakat baharu akan mengendalikan segmen pagi dan lebih menarik lagi apabila mereka semua bukan la terdiri daripada barisan selebriti tempatan.

Antara suara yang akan anda dengar sepanjang minggu ini ialah suara pembaca berita Buletin Utama, Nur Jamalina Jamali dan Amirulhakim Ahmad Lokman serta beberapa lagi suara lain.

Jika pagi 26 Januari ini anda mendengar radio Hot FM dan terdengar suara Jay serta Amirul Lokman, jangan terkejut bahawa anda sememangnya sedang mendengar radio, bukannya mendengar Buletin Utama.

Bagi hari seterusnya, 27 Januari bakal menampilkan gandingan antara Fendy bersama Eryn, 28 Januari pula kita akan berehat seketika bersempena dengan cuti Thaipusam dan akhir sekali 29 Januari kembali bersama dengan Nad dan Fendy.

Lebih menarik lagi, Amirul Lokman nampaknya sudah dapat membiasakan diri di dalam konti!

“Jay, saya rasa bertuah la dapat bergandingan dengan Jay pagi ni. Seronok rasanya. Mana tahu lepas ni bos panggil ajak sign kontrak pulak ke kan.”

Kalau sebelum ni Hot FM sering menampilkan barisan selebriti sebagai penyampai radio jemputan, kali ini memang lain daripada yang lain!

Teruskan bersama dengan Hot FM, Lebih Hangat Daripada Biasa!

Sumber foto: Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest