Connect with us
Geng Pagi Hot

Update

Tinggalkan Operasi 15 Tahun Lepas, Datuk AC Mizal Kena ‘Tahan’ Atas Pentas

Rindunya nak tengok Inspektor Mazlan

Published

on

Pada sesiapa yang sudah lahir ketika tahun 2000 mesti tahu tentang drama bersiri Gerak Khas kan?

Jika dahulu Datuk AC Mizal merupakan salah seorang pelakon dalam siri berkenaan, pada 5 Disember lepas beliau nyaris ‘ditangkap’ kerana meninggalkan drama berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

“Inspektor Mazlan! Ingat saya lagi tak? Awak ditahan kerana meninggalkan Gerak Khas 15 tahun yang lalu, kenapa?”

“Kan dulu tuan hantar saya ke Sabah? Saya sekarang bukan Gerak Khas dah tuan, saya Gerak Geli je.”

Memandangkan kini drama Gerak Khas The Finale telah ditayangkan di TV3, pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam yang turut menjadi pelakon dalam drama berkenaan telah membuat kejutan di pentas Vokal Mania pada 6 Disember lepas.

Gerak Khas The Finale (TV3) | MyInfotaip

Kedatangan Datuk Yusof Haslam bersama dengan Salina Saibi dan Sheera Iskandar di atas pentas ialah bertujuan untuk mempromosikan drama berkenaan dan bukannya untuk ‘menangkap’ Datuk AC Mizal.

Keletah mereka di atas pentas telah mencuit hati ramai penonton sehingga ada yang mahu Datuk AC Mizal berlakon semula di dalam drama tersebut.

Ramai nampaknya yang merindui lakonan Datuk AC Mizal bersama pelakon Gerak Khas yang lain.

Jika pada awal kemunculan drama Gerak Khas dibarisi oleh pelakon Abby Abadi, AC Mizal, A. Galak, Deen Maidin, Shaharon Anuar, Farid Amirul serta Datuk Yusof Haslam, kini Gerak Khas The Finale dibarisi oleh Erra Fazira, Ungku Ismail, Norman Hakim, Izzat Mustaq, Salina Saibi dan Sheera Iskandar.

Jadi jangan lupa tonton Gerak Khas The Finale setiap Jumaat dan Sabtu jam 10:30 malam hanya di TV3.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest