Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Update

Uyaina Arshad Dedah Alami Gangguan Mental, Rasa Diri Tidak ‘Berguna’

Menurut Uyaina, dirinya juga tidak boleh tidur dan sering terjaga pada waktu tengah malam walaupun badan masih berasa penat.

Published

on

Baru-baru ini pengacara dan pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Uyaina Arshad mendedahkan kepada umum bahawa beliau mengalami gangguan mental sejak kebelakangan ini dan mempunyai simptom seperti sedih, takut, penat, risau dan stress melampau.

Menurut Uyaina, dirinya juga tidak boleh tidur dan sering terjaga pada waktu tengah malam walaupun badan masih berasa penat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Baca artikel berkaitan : “Sampai Pucat Tangan” Hidung Berdarah Lepas Menyelam, Ramai Puji Keberanian Uyaina Arshad

Menulis di ruangan kapsyen :

“Few days ago, I had a severe mental breakdown. Macam2 rasa yang negatif ada dalam diri. Tiba2 rasa sedih, takut, penat, risau tapi tak tahu apa yang dirisaukan, stress sampai migrain. And paling teruk bila terjaga pukul 3-4 pagi, berpeluh2 lepas tu tak boleh tidur sedangkan badan rasa sangat2 penat. Rasa worthless.

Pastu Yana tanya dekat igs. Apa yang korang selalu buat kalau rasa down. Thank you kepada yang respond and share dengan Yana. I really appreciate it. Rupanya ramai yang rasa macam tu. In fact, ada yang pernah rasa lagi teruk dari tu 🥵

Alhamdullilahhh I’m feeling a lot better now. Apa yang Yana boleh kongsi is kita jangan menidakkan perasaan ni. Jangan suppress atau pendam sorang2. Luahkan dekat orang yang kita percaya. FEEL the feelings and ALLOW the feelings to pass. It’s just a bad phase, not a bad life. Paling penting, kita kena TERIMA diri kita & SAYANGI diri kita sendiri.

Minda kita memainkan peranan yang sangat penting. Kalau kita fikir negatif, trust me negatif lah hidup kita. I’m trying to self-reflect and look at what Allah has bestowed upon me. Banyak sangat nikmat Allah bagi yang patut disyukuri. Alhamdullilahhh.

Semoga rasa negatif ni akan berlalu pergi dan digantikan dengan kegembiraan yang berpanjangan. Aamiinn 🤲🏻

Also, swipe left to see some beautiful comments & tips dari mereka yang turut berkongsi 😊”

Bercerita lebih lanjut, Uyaina turut mendapatkan nasihat rakan-rakan dan kini beliau berasa lebih baik, malah, Uyaina turut menasihati sesiapa yang melalui keadaan yang sama sepertinya untuk mendapatkan bantuan dan tidak memendam.

Kami di Hot FM mendoakan semoga Uyaina dilindungi Allah SWT dan beransur pulih.

 

Sumber : Instagram Uyaina

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest