Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Onz

Uyaina Arshad Is Taken, Dedah Sudah Dirisik Keluarga Raja Syahiran

Nampaknya Uyaina bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi…

Published

on

Bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi, pengacara dan pelakon yang semakin dikenali ramai iaitu Uyaina Arshad mengesahkan bahawa dirinya sudah dirisik keluarga kekasihnya yang juga penyanyi, Raja Syahiran pada November tahun lalu.

Wah dalam diam rupanya Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad sudah disunting oleh kekasih hati yang pernah popular dengan skill beat boxing beliau.

“Keluarga Syahiran sudah datang bertemu keluarga saya untuk merisik pada November tahun lalu.

“Alhamdulillah, pertemuan dua belah keluarga berjalan lancar, namun atas permintaan keluarga, kami terpaksa merahsiakannya sebelum ini,” katanya.

Mengulas lanjut, pengacara jelita itu turut mendedahkan bahawa pada pertemuan itu, tiada sebarang persiapan yang dilakukan, hanya ibu Syahiran yang memberi sebentuk cincin sebagai tanda merisik.

“Pada hari terbabit tiada majlis dibuat, malah saya pun tak sempat bersiap.

“Ibu Syahiran sekadar datang memberikan sebentuk cincin sebagai tanda merisik dan kedua-dua belah keluarga saling berkenalan,” katanya

Dalam pada itu, Uyaina memberitahu bahawa mereka memilih merahsiakan perkara itu atas permintaan kedua-dua keluarga belah pihak.

Terdahulu, Uyaina dan Syahiran mengakui sedang berkawan rapat sejak Mei tahun lalu.

Kami di Hot FM mendoakan agar segala urusan perkahwinan Uyaina dan Raja Syahiran berjalan dengan lancar.

 

 

Sumber : Harian Metro 

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest