Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

3 Kali Cuci Baju Tapi Tetap Bau Hanyir, Rupanya Ada Udang Galah Disebalik Mesin Basuh…

Kreatif ya anak akak ni…

Published

on

Semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa tempat, pastinya membuatkan ramai ibu bapa pening kepala lebih-lebih lagi apabila hari ini dikuatkuasakan arahan bekerja dari rumah bagi pekerja awam dan swasta.

Maka dengan itu, bermula lah para ibu bapa membuat kerja bersama anak-anak di rumah.

Bonus buat ibu bapa kalau anak-anak boleh diharapkan untuk membantu buat kerja rumah, tapi ada juga yang ‘extra’ rajin seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu ini.

Menurut pengguna Facebook, dikenali sebagai Umi Aniza Amani, anaknya sudah terlebih rajin apabila memasukkan udang galah di dalam mesin basuh.

“3 kali Omi letak sabun, basuh kain 3 kali. Letak pewangi tapi kain baju tetap busuk. Lastly bila angkat semua baju rupa-rupanya ada udang galah berenang…”

Tidak disangka-sangka, rupa-rupanya ada udang disebalik mesin basuh.

Mungkin risau udang itu lemas kerana terdedah di udara, itu yang membuatkan anaknya berfikiran kreatif dengan memberi peluang supaya udang itu dapat ‘berenang’ di dalam mesin basuh.

Posting itu telah mendapat perhatian daripada ibu-ibu di dalam page Anak Sepahkan Apa Hari Ini?

Dalam masa yang sama, ada seorang pengguna dikenali sebagai Fatin Fazira kongsikan gelagat anaknya yang dengan selamba memasukkan pampers yang sudah digunakan di dalam mesin basuh.

Akibatnya, dia terpaksa mencuci semula pakaian di dalam mesin basuh itu kerana risau ia sudah tercemar dengan ‘sisa buangan’ anaknya.

Mungkin kini sudah sampai masanya para anak-anak membuat comeback untuk ‘menceriakan’ hari ibu bapa mereka yang sedang bekerja di rumah.

Bertabahlah para ibu bapa sekalian, mungkin ini masanya untuk korang rapatkan hubungan dengan anak-anak…

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest