Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Update

Abang Jago Dah Sampai, Ustaz Ebit Lew Edarkan Sendiri Tab Kepada Pelajar Tak Kira Bangsa Dan Agama

Terima kasih ustaz!

Published

on

Tak perlu diperkenalkan lagi, Ustaz Ebit Lew sememangnya sudah terkenal dengan kerja amal jariah yang dilakukannya tak kira bangsa atau agama.

Jika sebelum ini Ustaz Ebit penah memberi sumbangan kepada pihak Zoo Negara, membantu mangsa banjir di negeri Pantai Timur, belikan basikal untuk rider Food Panda, kini beliau kembali memberi sebanyak 100 unit tab kepada pelajar sekolah yang tidak berkemampuan.

Ebit Lew Sumbang 200kg Daging Segar Kepada Zoo Negara

Inisiatif yang dilakukan oleh beliau ini bertujuan untuk memudahkan pelajar sekolah menjalani pembelajaran secara online ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menurut beliau, terdapat 100,000 permintaan yang telah diterima olehnya daripada mereka yang tidak berkemampuan untuk membeli kelengkapan gadget tersebut untuk anak-anak mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Video yang dimuat naik oleh Ustaz Ebit menunjukkan beliau telah menyerahkan beberapa set tab kepada pelajar sekolah atas bantuan guru dan guru besar sekolah berkenaan.

Tidak kira bangsa atau agama, Ustaz Ebit tetap menyerahkan tab tersebut kepada pelajar yang layak.

Tindakan beliau terus dipuji oleh ramai rakyat Malaysia dan berharap agar lebih ramai lagi pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Kita doakan supaya Ustaz Ebit Lew terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Sumber foto dan video: Instagram Ustaz Ebit Lew

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest