Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Ada Hari Taknak Reply DM” Gara-Gara Kongsi Video Ular, Zizan Kini Dijadikan Kaunter Laporan Haiwan Liar

Tak pasal-pasal…

Published

on

Gara-gara pernah berkongsi rakaman terserempak dengan seekor ular sawa batik yang sedang melintas jalan di sebuah lebuh raya, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak kini kerap menerima “Direct Message” atau pun DM mengenai haiwan berkenaan di laman instagram miliknya.

Zizan terserempak dengan Ular Sawa di tengah jalan. Sekali dia pergi dekat  sampai ini yg terjadi – Satkoba Viral

Pada mulanya mungkin pelawak itu berasa lucu, akan tetapi lama-kelamaan Zizan dijadikan seperti kaunter melaporkan haiwan berbahaya pula.

Mungkin tidak mahu menerima DM sebegitu lagi, Zizan memuat naik satu hantaran hasil perbualan bersama seorang individu di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Hantaran yang di muat naik itu juga turut ditulis dengan kapsyen ;

“Ada hari taknak reply dm. Tapi ade hari macam kene reply supaya mereka faham jenis jenis kakitangan kerajaan sebenar dan apa tugas mereka. Sekian”

Melihat kepada kapsyen yang ditulis oleh Zizan, pelawak itu dilihat seperti mahu memberi kesedaran pada individu-individu di luar sana yang mungkin tidak tahu mahu melaporkan haiwan berbahaya itu kepada siapa.

Sedikit maklumat untuk anda semua, selepas ini jika anda terjumpa dengan haiwan berbahaya seperti ular, buaya, khinzir hutan, gajah dan sebagainya boleh laporkan terus kepada balai bomba berdekatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atau pun Jabatan Perhilitan di daerah anda ya.

Jangan laporkan pada Zizan pula!

 

Sumber : Instagram Zizan Razak

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest