Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Viral

Adik Ini Kuarantin Seorang Diri Di MAEPS, Ayah Pula Disahkan Meninggal Dunia Kerana COVID-19

Al-fatihah…

Published

on

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dapat digambarkan buat adik ini yang juga salah seorang pesakit Covid-19.

Bukan sahaja disahkan positif Covid-19 dan jauh dengan keluarga kerana sedang kuarantin di Maeps Serdang, malah turut menerima perkhabaran menyedihkan apabila ayahnya disahkan telah meninggal dunia disebabkan virus berkenaan.

Perkara itu didedahkan oleh salah seorang pesakit Covid-19 di akaun TikTok @ayimmarley.

@ayimmarleyAllahu, adik ni baru sahaja kehilangan ayahnya disebabkan Covid19. Semoga adik ni Tabah dan kuat.Mari sama sama kita sedekahkan Alfatihah ##fypシ ##fyp♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Menulis di kapsyen :

“Allahu, adik ni baru sahaja kehilangan ayahnya disebabkan Covid19. Semoga adik ni Tabah dan kuat.Mari sama sama kita sedekahkan Alfatihah”

Inalillahwainnalilahirojiun. Tidak dapat dibayangkan kalau kita berada di dalam situasi adik ini. Sudah jatuh, ditimpa tangga lagi.

Apabila melihat di dalam video berkenaan, pesakit-pesakit lain yang berada di pusat kuarantin lelaki itu dilihat turut menemankan adik tersebut untuk mengutip sumbangan buat arwah bapa dan keluarganya.

Tersentuh apabila melihat pesakit-pesakit yang lain cuba memberi semangat kepada adik tersebut.

Ternyata semangat brotherhood mereka sangat kuat.

Semoga adik ini terus diberi kekuatan dan diberi kudrat untuk berbakti kepada keluarganya.

Sumber : TikTok @ayimmarley

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest