Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Aksi Berbahaya Kanak-kanak Ini Menunggang Motosikal Mengundang Kecaman Netizen

Bahayanya

Published

on

Had kelayakan untuk memiliki lesen motosikal adalah paling awal setelah seseorang itu berusia 16 tahun.

Bagaimanapun, masih banyak kita lihat penunggang motosikal dalam kalangan remaja yang belum memiliki lesen ini, malah ada yang sudah mula menaiki motosikal ketika masih bersekolah rendah.

Pada 9 November 2020, pemilik akaun Twitter @AkeemSharyzal telah berkongsi satu video yang menarik perhatian ramai.

Video tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berbaju merah menunggang sebuah motosikal tanpa memakai topi keledar.

Berdasarkan susuk tubuh, dia dianggarkan masih lagi bersekolah rendah.

Malah kakinya masih belum cukup panjang apabila tidak dapat duduk di atas kusyen motosikal ketika berhenti di simpang jalan.

Lebih memeranjatkan, dia kemudiannya cuba untuk ‘pacak’ motosikal yang dinaikinya sedangkan tindakan itu cukup bahaya.

Tweet itu telah mendapat reaksi kurang senang netizen.

Melihat situasi dalam video tersebut, ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Pemantauan yang lebih ketat perlu dilakukan supaya keadaan ini tidak lagi terjadi kerana ia mengundang bahaya yang boleh melibatkan kemalangan nyawa.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest