Connect with us
Hot FM

Viral

Aktiviti Bermaaf-Maafan Hiba Bertukar Gelak Tawa, Gelagat Keluarga Ini Paling Mencuit Hati!

Ketika ramai yang sebak ketika bersalam-salaman dengan insan tersayang, ada yang menghiburkan hati..

Published

on

Masih belum terlambat untuk Hot FM mengucapkan salam aidilfitri buat umat Islam di Malaysia yang menyambutkan pada 13 Mei 2021.

Seperti yang ramai tahu, Syawal kali ini disambut berlainan dengan tahun-tahun sebelumnya kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan COVID-19.

Sehubungan dengan itu, aktiviti rentas daerah dan negeri juga tidak dibenarkan menyebabkan ramai yang terkandas di ibu kota dan tidak dapat pulang ke desa bagi meraikannya dengan ahli keluarga.

Namun, ia tidak bermakna umat Islam tidak boleh memeriahkannya.

Keluarga di bawah ini adalah salah satu contoh yang mendapat perhatian ramai:-

Setakat 14 Mei, video yang berdurasi 43 saat itu telah tular dan mendapat lebih daripada 200,000 tontonan!

“Kenapa nak sedih sedih kalau kita boleh happy happy di pagi raya???” tulisnya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan reaksi positif selain ramai yang terhibur dengan gelagat keluarga bahagia itu.



 

Sumber: Twitter

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest