Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Onz

Akui Sudah Trademark Brand ‘Daging Harimau Menangis’, Ibu Neelofa Dikatakan Tutup Periuk Nasi Peniaga Kecil?

Lah betul ke ni?

Published

on

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai makanan yang diberi nama “Daging Harimau Menangis” sudah di trademark atau di pattern kan kepada hak milik Noor Kartini Noor Mohammed atau lebih dikenali sebagai Datin Noor Kartini yang juga ibu kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa.

Di Sebalik Sepasang Mata Cantik Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Kongsi Rutin Sihat Pada Usia Setengah Abad - Media Hiburan

Perkara itu didedahkan oleh Datin Noor Kartini ketika beliau sedang memasak menu berkenaan sambil membuat Instagram Live (IG LIVE).

Namun lain pula yang jadi apabila kebanyakan warganet meluahkan rasa tidak puas hati mereka di internet, mengatakan bahawa makanan berkenaan tidak sepatutnya dituntut atau di trademark kan oleh Datin kerana makanan itu telah wujud sudah berzaman lamanya.

Meninjau di media sosial, rata-rata warganet meluahkan rasa kesal dengan usahawan tersebut kerana tidak memikirkan peniaga-peniaga lain yang sudah lama menggunakan branding “Daging Harimau Menangis” tersebut.

Malah, laman Instagram Datin juga turut dibanjiri dengan kritikan dan komen-komen mengenai isu tersebut.

Sehingga kini, Datin masih belum memberi apa-apa kenyataan mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

Mungkin Datin ada sebab tersendiri mengapa beliau melakukan sedemikian.

Apa-pun jangan buruk sangka, sama-sama kita nantikan kenyataan dari Datin ya.

 

Sumber : Twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest