Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Ayat Intro YouTube Channel Dr Zulkifli ‘Ditegur’, Netizen Geli Hati Lihat Aksi Comel Mereka

Nampaknya Dr Zulkifli pun dah bergelar Youtuber ya!

Published

on

Zaman sekarang ni dah ramai orang jadikan laman YouTube sebagai tempat untuk memberi maklumat kepada orang awam dalam bentuk video.

Maklum la, disebabkan teknologi yang semakin maju dan kemudahan yang ada, seeloknya kita gunakan la dengan sebaiknya.

Itu la yang turut dilakukan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri yang kini sudah mempunyai YouTube Channel sendiri.

Sebelum ini, Dr Zulkifli sememangnya agak aktif di laman Twitter untuk berinteraksi dengan orang awam yang mahukan kepastian tentang beberapa perkara berkaitan agama.

Disebabkan itu, beliau mengambil keputusan untuk mempunyai akaun YouTube sendiri bagi berkongsi ilmu atau sebarang perkara yang sering menjadi tanda-tanda pada netizen.

Namun apa yang mencuit hati netizen baru-baru ini ialah apabila ada seorang pengguna Twitter ‘menegur’ cara intro video YouTube beliau.

Jangan lupa subscribe YouTube saya dan tekan butang loceng untung notification video-video terbaru saya.

Menurut pengguna yang dikenali sebagai Syed Muzzammil itu, cara yang disampaikan sudah betul cuma perlu membuat perubahan sedikit sahaja dan memberi salam pada awalnya sebelum memulakan video.

Lebih melucukan apabila twit berkenaan turut dibalas semula oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu sehingga membuatkan ramai terhibur.

Nampaknya kini Dr Zulkifli sudah memiliki seramai hampir 50,000 subscribers di YouTube channel miliknya.

So lepasni boleh la kira ramai-ramai subscribe ya, dapat la juga kita tambah ilmu pengetahuan kan?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest