Connect with us
Geng Pagi Hot

Viral

Bancuh Air Jus Buah Guna Lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’, Gadis Ini Bikin Netizen Sedih

Okay ke tu buat jus guna lagu sedih?

Published

on

Biasanya orang lain kalau share resipi memasak atau membancuh air mesti akan gunakan lagu rancak supaya orang yang menonton rasa seronok.

Tapi lain pula yang terjadi kepada seorang gadis dari luar negara ini yang dikenali sebagai Syri Alcalde apabila beliau menggunakan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai background music bagi videonya ketika sedang membancuh air jus.

@syri_alcaldeMorning juice, it’s amazing ##coconut ##pinapple ##juice ##foryoupage ##fyp♬ Aku Bidadari Syurgamu – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai warganet dari Malaysia yang turut berasa terhibur dengaan pemilihan lagu tersebut.

Ramai yang meninggalkan komen lucu pada video yang dimuat naik pada aplikasi TikTok itu.

Dalam masa yang sama ada juga yang tertanya-tanya adakah gadis berkenaan tahu bahawa lagu tersebut merupakan lagu sedih.

Mungkin gadis tu baru lepas putus cinta lepastu dia nak bancuh air jus, jadi sebab tu guna lagu Aku Bidadari Syurgamu kan?

Apa pun, terima kasih Syri sebab dah hiburkan ramai rakyat Malaysia dan gunakan lagu TokTi sebagai background music video tersebut!

Risau tersedak pula TokTi dekat rumah tu nanti.

Sumber foto dan video: Tiktok

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest