Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Bangga Dengan Kegagalan Pelajaran, Netizen ‘Sekolahkan’ Kembar 7G

Hmm no comment

Published

on

Pelajaran merupakan salah satu faktor yang mendorong seseorang untuk berjaya dalam kehidupan tak kira muda atau tua.

Namun kegagalan juga boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk berjaya di masa hadapan, tetapi ia bukan la lesen besar untuk kita terus bangga dengan kegagalan itu.

Jika ada yang masih ingat, sekitar tahun 2018 yang lepas telah tular satu berita mengenai pasangan kembar yang dikatakan mendapat keputusan 7G sewaktu peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).

Pada 15 Disember yang lepas, salah seorang daripada pasangan kembar itu telah memuat naik fotonya bersama dengan sebuah kereta mewah dan nombor plat kereta itu telah disunting menjadi ‘WA 7G’ sebagai tanda mengingati kejadian silam itu.

Foto berkenaan telah mendapat kecaman hebat daripada netizen yang tidak bersetuju dengan caranya seperti bangga dengan kegagalan tersebut dan nampak seperti mengajak orang lain untuk bangga dengan kegagalan dalam pelajaran.

Menurut netizen, tidak salah sekiranya ingin menjadikan kegagalan sebagai batu loncatan untuk bangkit dan berjaya tetapi biar la kena dengan caranya.

Sebenarnya, mendapat keputusan yang teruk bukan satu perkara yang perlu dibanggakan kerana ia menunjukkan sikap sebenar diri kita yang malas belajar.

Dalam masa yang sama, ada juga yang turut berbangga dengan kejayaan pasangan kembar itu dan menganggap kegagalan mereka itu sebagai satu inspirasi untuk terus berjaya.

Apa pun, pelajaran tetap menjadi keutamaan untuk berjaya kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest