Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Berbakat Tiru Lebih 10 Suara Penyanyi, Lelaki Ini Berjaya Buat Netizen Terhibur

Lawak!

Published

on

Apakah kehidupan sekiranya tiada hiburan untuk menghiasi hari-hari sepi dan sendu anda kan?

Lebih-lebih lagi ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan di sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 27 Oktober ini.

Pastinya ramai yang meluangkan lebih banyak masa untuk mencari hiburan menerusi laman sosial Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya.

Kali ini, Hot FM nak kongsi satu video yang di muat naik oleh seorang pemuda bernama Amsyar Lee di laman Twitter miliknya.

Bukan sekadar video biasa, tetapi video berkenaan memaparkan dirinya berkebolehan untuk meniru lebih daripada 10 suara penyanyi tempatan!

Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan persembahan Amsyar selain berpuas hati dengan suara yang seakan-akan sama terutamanya penyanyi Elizabeth Tan yang popular menerusi lagu berjudul Tabah.

Video tersebut sehingga kini mendapat perhatian ramai selain dikongsi lebih daripada 20,000 pengguna.

Sumber daripada: Twitter Amsyar Lee

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest