Connect with us
Hot Selebriti

Viral

‘Bergelut’ Dapatkan Hasil Terbaik, Aksi Penyampai Berita Rakam Audio Dalam Selimut Curi Perhatian!

Sampai macam tu sekali ya..

Published

on

22 Oktober 2020 adalah hari pertama kebanyakan syarikat menyahut saranan kerajaan untuk bekerja dari rumah (work from home) terutamanya negeri yang terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Banyak reaksi dan gelagat pekerja-pekerja dalam pelbagai bidang dapat dilihat menerusi laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram pada hari pertama perkara tersebut dilaksanakan.

Umum mengetahui, bekerja dari rumah tidak sama seperti di pejabat. Banyak halangan serta rintangan yang harus dilalui terutamanya wanita yang bergelar ibu.

Selain itu, tanpa peralatan (equipment) yang lengkap juga boleh menjadikan sesebuah hasil kerja itu tidak memenuhi cita rasa atau kurang berkualiti.

Namun lain pula bagi penyampai berita televisyen dan radio Jay Jamalina, yang menggunakan selimut untuk menyelubungi dirinya ketika merakam audio bagi mendapatkan kualiti yang baik:-

Menurut Jay yang juga penyampai berita di stesen radio Kool FM, walaupun dapat merasakan susahnya bekerja dari rumah dan tidak mempunyai kelengkapan yang baik untuk merakam audio, ia bukanlah salah satu halangannya untuk memberi yang terbaik.

“Walaupun susahnya bekerja dari rumah tak cukup barang tapi on air bawah selimut berkelubung nak reduce echo yang melantun lantun, but the audio turned out perfect,” tulisnya

Jay turut sempat berseloroh menyatakan bahawa hanya dengan bantuan sekeping selimut tebal yang diberi oleh sebuah hospital ketika beliau melahirkan anaknya turut membantu audio yang dirakam berhasil.

  “Takde la gema bunyi macam on air dari dalam bilik air, right.” katanya

Perkara tersebut sekaligus membuktikan bahawa sekiranya tiada kelengkapan bukanlah bermakna seseorang itu tidak boleh dan tidak mampu untuk memberikan yang terbaik.

Bak kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Apa-apa pun, selamat maju jaya dan teruskan memberi inspirasi kepada orang lain, Jay!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest