Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Berpakat Prank Konon Tak Ingat Hari Lahir, Akhirnya Bapa Ini Mengalirkan Air Mata Kerana…

Hapy birthday pakcik!

Published

on

Sebagai seorang bapa, tiada hadiah yang paling bermakna dalam hidup selain melihat anak-anak berjaya di dunia dan di akhirat.

Dalam masa yang sama, seorang anak itu pasti mahu sedaya upaya untuk memberikan sesuatu yang istimewa buat bapanya apabila tiba hari lahir kan?

Seorang pemuda dikenali sebagai Muimisa telah kongsikan video pendek pada 27 Oktober lalu menunjukkan mereka adik-beradik menyambut ulang tahun kelahiran bapa mereka.

Pada mulaya mereka hanya ingin membuat ‘prank’ kononnya semua terlupa bahawa ketika itu merupakan hari lahir bapa mereka.

Keadaan menjadi penuh emosi apabila bapanya mula menitiskan air mata…

“Kitorang adik-beradik prank buat-buat tak ingat birthday dia. Then kitorang surprise dengan kek. Tiba-tiba mengalir air mata yang tak ternilai harganya daripada seorang bapa.”

Bapanya berasa sebak kerana beranggapan tiada seorang pun anak-anaknya yang mengingati hari lahirnya ketika itu.

“Ini yang ditunggu-ttunggu, sorang pun tak ingat, ayah dah nak nangis dah!”

Disaat bapanya menitiskan air mata, semua adik-beradiknya yang berada disitu turut berasa sedih kerana melihat reaksi bapa mereka.

Mereka akui bahawa mereka langsung tidak melupakan hari lahir bapa mereka, malah itu semua hanyalah perancangan sekeluarga.

Netizen turut akui bahawa mereka juga telah menitiskan air mata melihat video berkenaan kerana ada antaranya yang merindui bapa mereka.

Diharapkan dengan perkongsian video itu dapat membuka hati kita semua untuk selalu menghargai jasa bapa kita.

Mana yang menangis tu, cepat-cepat call ayah korang sekarang okay!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest