Connect with us
Hot FM

Viral

Buat Laporan Polis Pekerja Hilang Secara Misteri, Jinggo Mohon Bantuan Warganet

Semoga jumpa lah pekerja tu, jangan berlaku perkara tak diingini sudah lah ya…

Published

on

Selepas dua hari tidak munculkan diri di lokasi pengambaran, akhirnya pengarah dan penerbit Jinggo telah membuat laporan polis berhubung pekerjanya yang hilang secara misteri.

Menurut posting terbaharu yang dimuat naik olehnya, dimaklumkan bahawa pekerja yang bernama Muda Emmieffendy itu tidak menjawab panggilan telefon Jinggo sehingga membuatkan seluruh krew produksi berasa bimbang.

“Tak tahu la kenapa, handphone tak aktif daripada pagi semalam, laporan polis dah buat bagi mencari. Takut berlaku perkara yang tak diingini pada dia sebelum terbukti memang buat hal.”

Jinggo turut berharap agar para pengikutnya di Instagram dapat memberi informasi jika ternampak van syarikatnya itu di mana-mana lokasi.

Tambah bakal bapa mertua kepada Elisya Sandha itu lagi, terdapat banyak barang shooting di dalam van berkenaan, disebabkan itu beliau berasa bimbang jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Namun menurut beberapa pengikutnya, ada antara mereka yang ternampak van berkenaan berkeliaran di sekitar MRR2, Bandar Melawati serta Sri Rampai.

Semoga pihak polis dapat menjejaki pekerja tersebut, lebih-lebih lagi apabila di dalam van tersebut terdapat banyak barang shooting.

Dengan berlakunya perkara seperti ini pastinya menjejaskan krew produksi JS Pictures untuk meneruskan shooting mereka.

Sumber foto: Instagram Jinggo JS Pictures

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest