Connect with us
Geng Pagi Hot

Onz

Bukan Berdua,Tapi BERTIGA! Geng Pagi Hot Bakal Ke Udara Bersama ‘Geng’ Baharu

Ada yang cakap Erul Samah, Aaron Aziz, Che Salmah, Ean, Ruhila.. ke Juweta?

Published

on

Semestinya “Lebih Hangat Daripada Biasa!” itulah tagline yang anda akan sering dengari setiap kali anda tune in di satu-satunya radio paling hangat di Malaysia, Hot FM.

Dan kini momen yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, nampaknya semakin hari semakin banyak surprise yang menanti anda, salah satunya adalah, Geng Pagi Hot bakal menerima ahli baharu. Woot woot!

Melihat kepada hantaran yang di muat naik oleh Mark Adam ataupun lebih mesra dipanggil Markey, beliau sudah memberi hint yang akan ada ‘orang baharu’ bakal menyertai mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (Marky) Announcer Hot FM (@markadam1079)

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapa agaknya yang bakal menjadi orang ketiga di dalam Geng Pagi Hot yang kini dikendalikan oleh barisan baharu iaitu Fizie dan Mark Adam kan?

Kalau tengok saiz kasut tu macam kecil molek je orangnya, agaknya lelaki ke perempuan ke, pelawak lagi ke atau Hot FM sudah bertukar arah?

Ada yang cakap Erul Samah, Zizan Razak lah, Fad Bocey lah, malah ada yang teka Che Salmah! Aduhai.

Sama-sama kita nantikan geng baharu untuk Geng Pagi Hot yang akan ke udara bermula Rabu, 24 Februari 2021 dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Sebelum ini, Markey atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah secara rasmi ke udara dan menjadi keluarga baharu Hot FM pada 15 Februari 2021.

 

Baca artikel berkaitan : Welcome To The Club! Mark Adam Kini Sah Bergelar Penyampai Radio Hot FM!

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest