Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Bukan Pertemuan Biasa, ‘Abang Badut’ Buat Shuib Tersentuh

“Beliau seolah-olah faham dengan apa yang sedang berlaku.”

Published

on

Tersentuh hati melihat pertemuan antara penyampai radio terkenal dan pelawak, Shuib bersama seorang Orang Kurang Upaya (OKU) cacat pendengaran dan bisu di outlet baharu Bubblebee, di Meru Ipoh baru-baru ini.

Bukan sekadar pertemuan, itu mungkin akan menjadi peringatan akan apa yang sedang dilalui oleh Shuib.

Meninjau ke ruangan laman sosial Instagram, Shuib memuat naik satu video berkongsi pertemuan berjumpa dengan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja sebagai badut.

Lelaki yang berpakaian badut itu dilihat sangat teruja berjumpa dengannya.

“Masa saya ke outlet baru Bubblebee di Mydin Meru Ipoh tengah hari tadi, ada seorang abang badut ni beria-ria kejar dan nak jumpa saya.”

“Bila jumpa dia bagitau yang dia pekak dan bisu,” 

Bercerita lebih lanjut, Shuib memberitahu bahawa pertemuan itu telah menyentuh hatinya kerana insan tersebut seakan faham dengan situasi yang sedang dialaminya sekarang.

“Walaupun saya tak berapa faham apa yang beliau cuba maksud dan sampaikan, tapi ianya sangat menyentuh hati saya.”

“Beliau seolah-olah faham dengan apa yang sedang berlaku. Sesungguhnya tiada daya upaya hanya dengan pertolongan Allah swt.”

Melihat kepada bahasa tubuh insan istimewa itu, dia seolah-olah mahu memberitahu Shuib supaya terus kuat dan abaikan kata-kata orang. Fokus dengan perniagaanya dan percaya dengan doa, Allah akan bersama sehingga akhir nanti.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet juga tersentuh dengan kata-kata tubuh badan insan istimewa itu.

Dalam pada itu, Shuib juga turut mendoakan abang badut, tak kurang juga warganet yang mendoakan Shuib supaya terus diberi kekuatan dan fokus dengan perniaagannya. Endahkan kata-kata orang, jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.

“Semoga abang badut sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest